Not yet a member Already a member ? Forgotten password ?
PETITCHEF
Add your blog-site | Add your recipes | Receive daily menu | Contact us


MIFA 2009


By Sugarpink Icing (Visit website)



MIFA datang dan pergi tapi MIFA 2009 membawa seribu kenangan untuk Datin K, tahun ini beliau telah diberi award "Maxis Innovation Award - Star Couture". Well done my dear sister! (Saya masih menunggu gambar daripada jurugambar, sebaik saja dapat gambar saya akan uploadkan di sini)

Asia Magic Gala (Thursday, 5 November 2009)

Koleksi Tun Teja D' Avant Garde di Asia Magic Gala memang meletop . . . setiap baju mempunyai perincian yang tersediri, kombinasi kain, manik & design serta diamond swaroski menyerlahkan design Kirana. . . its a masterpiece! Kalau tak percaya tengok gambar gambarnya dibawah.

Saya seperti biasa sibuk di belakang pentas menyiapkan 18 model yang kesemuanya tinggi lampai, rasanya tinggi mereka lebih 6 kaki, lagi tinggi model lagi cantik baju yang di pakai. itulah yang sering dikatakan oleh Leena (pemilik agensi model Jodore Studio). Sehingga bila nak mengenakan tiara dan anting anting terpaksalah mereka tunduk, terasa teramat kenitlah saya. Nasib baiklah koleksi Kirana menjadi pembukaan di malam itu, tidaklah kelam kabut sangat, mana tidaknya dah diberi baju, kena pastikan veil, tiara, rantai dan anting anting di kenakan mengikut baju yang dipakai. Malam itu saya di bantu oleh dua pelajar Kolej Komuniti dan 10 orang dresser MIFA (dresser adalah pelajar fesyen yang diberi pendedahan mengenai urusan belakang pentas). Suasana belakang pentas memang riuh rendah, bayangkan tak sampai 5 minit semua model mesti disiapkan dari rambut hingga ke kaki. . .

Banyak lagi gambar akan di uploadkan di blog Sharifah Kirana.








New York supermodel Ai Tominaga.
Siapa sangka Ai Tominaga tidak sombong, sentiasa melemparkan senyuman!


MIFA Gala Night (Saturday, 7 November 2009)

Selesai menghantar kek ikan duyung saya bergegas menyiapkan diri ke Pavilion. Datin K telah membuat temujanji dengan 'hair stylist dan make-up artist' sehari sebelumnya . Tepatp pukul 4 petang Kirana menjemput saya dengan kereta hitamnya. Sampai saja ke saloon kami terus duduk di kerusi empuk dan make-up artist memulakan peranannya, wajah kami disapu dan diberus sana sini seperti lukisan, memang mereka ini profesional. Selepas giliran rambut pulak, rambut Datin K kali ini memang mengancam, bertukar sama sekali dari yang pernah anda lihat, memang dia berani mencuba sesuatu yang baru . . . designer la katakan.

Rambut saya malam tu ditukar ala 70s, saya kata pada 'hair stylist' "I want to be Audrey Hepburn . . . "(ada hati konon nak jadi Audrey H).


Ala Audrey H . . . I like . . .


Masa berlalu terlalu pantas, tak sedar dah 2 jam kami berada di saloon, dandanan dan solekan dah selesai so its time for the red carpet . . .

With Iman (Kirana's daughter) . . .



Iman d'diva kecik . . .



. . . kata Tijani : Mommy, why your hair so so keras??? . . . LOL



Will upload more photos once Ive got it.



Rate this recipe : Not good   so so   Good   Very good   Excellent !!!  




Imprimer cette page

Send this recipe to a friend

ask a question about this article

share on Facebook