Not yet a member Already a member ? Forgotten password ?
PETITCHEF
Add your blog-site | Add your recipes | Receive daily menu | Contact us


English style dessert table


By www.totcupcakes.com (Visit website)



Alhamdulillah, kali pertama kami berjaya membuat 'dessert table' atas permintaan super-regular customer kami, maswanie dari wanie's craft cottage yang tak putus-putus mengorder dari totcupcakes. Agak terharu sebab wanie nie dah established dalam bidang kraf nie.. dengan produk-produk yang hebat dan meletup-letup di pasaran.. sudi jugak mengambil kami yang baru nak bertatih dalam bidang hias menghias nie untuk membuat dessert table di majlis makan-makan dirumahnya..

sebenarnyer saya memang minat sangat bidang hias menghias nie, penah juga sambung belajar amik Interior Design kat Art Direction Collage dulu.. tp separuh jalan jea sebab dapat offer dari Uitm. Bapak suh pegi.. pegi jer la..walaupun bidang berlainan.. belajar sampai habis..lepas pd tuh,  sambung U lain pulak pun bidang lain, pendek kata minat nie tak kesampaian.. cume abis la kat dalam rumah parents time tuh.. jadi bahan ujikaji.. (hajat tak kesampaian) skarang rumah sendiri pulak..

berbalik pada cite, ini adalah pengalaman kedua (selepas membuat dessert table utk birthday anak kami yang mencapai umur setahun pada bulan Ogos aritu) terus terang kami katakan ianya sangat sangat sangat mengujakan... dari menjahit banner dan table runner, membuat hiasan pada tier (ada 'bling bling') sampai ke gubahan pada meja.. adalah yang TERBAEK.. haa jangan tak tau.. yang jahit banner n table runner tu abg tot tot (Fairuz) kite..
dan yang lain lain tu baru saya yang buat..

siap malam tu before pegi kami test dulu arrangement atas island kat dapur.. siap buat photoshoot, takut depan mata jer nampak cantik tp nnti bile amik gamba.. kurengg..

alhamdulillah.. mmg macam macam ditukar malam tu.. yang tak puas dipuaskan sampai puashati.. tido jugak la kami pada pukul 3pagi...

 

majlisnya bermula pada pukul 12 tengah hari, jadi pada pukul 10 kami dah sampai.. dengan ada sedikit sesat.. (alah tak sesat mana.. salah masuk simpang jer) dan bermulalah acara susun menyusun...

atas permintaaan maswanie, dessert table dibuat berdasarkan konsep 'english' (ala produk-produk yang dijualnya tu) supaya keseluruhannya nampak sedondon. macam gambar di atas tu.. sampai tak perasan kan kedua table tu dari tuan yang berbeza.. betul tak? warna yang dipilih wanie sebagai tema adalah pink + merah + putih.

menu buffet adalah cupcakes yang bertemakan english pastel, sugar cookies gabungan pink merah, chocolate dipped marshmalow dan blueberry cheese cake. sugar cookies saja saya pek individually sebagai doorgift.. kire sape takmo makan boleh bawak balik.. cerita maswanie cupcakes pun ramai yang tak nak makan kat situ.. semua nak bawak balik.. pastuh siap rembat 2-3 biji sorang.. hehe.. kesian tuan rumah...
untuk hiasan meja, saya adakan sangkar burung bersaiz kecil dan besar.. keduanya ada bunga kat dalam, both are different types of flowers, saje nak nak kasi 'variety' kat meja tu.. takde la super-sedondon sangat kan..  kendian table runner adalah dari kain yang sama dengan banner.. kalau utk harijadi mmg dah diletakkan nama birthday boy/girl atasnyer.. lagi gempak.. tp yg nie utk makan2 kan.. so hanya hiasan sahaja..

cupcake tier setinggi 6 tingkat kami ubahsuai dgn meletakkan bling - bling mengikut kaler tema.. putih + merah + pink.. supaya nampak meletup kebabom gitu.. (buat peniaga cupcakes kalau berminat nak membeli set tier nie skali dengan bling2 nyer boleh email yer.. kami sertakan dengan pelbagai warna bling2 yang mana anda boleh tukar mengikut majlis)

chocolate dipped marshmallow - boleh dikatakan antara produk terhangat kami.. super hangat kot? sebab ramai sangat order sejak diperkenalkan.. macam - macam warna dah buat.. kadang-kadang warna sama yang di ulang 'cetak'.. anywayss.. saya buatkan marshmallow nie dalam 2 version, satu dicelupkan kedalam pink chocolate dan sprinklekan dengan white chocolate rice, lagi satu di celupkan kedalam white chocolate dan di sprinklekan dengan red sanding sugar.


sugar cookies  - yang ramai dah kenal.. lagi lagi para ibu yang dah ramai order utk besday anak.. tapi kali nie konsepnyer kami buat ala sweet2 gitu.. kaler pink.. berhati merah... ^_^
blueberry cheese cake (no bake version) yang nie adalah permintaan suami maswanie.. pasangan nie dah due kali order yang sama hehe.. suke betul yea.. yang nie saye buat basenyer dari brownie kami.. mmg everytime pun.. mane yang baki dari baking tu.. bake untuk keringkan lagi, dan simpan.. bile nak guna hancurkan jadikan base utk cheese cake nie.. lagi sedap dari guna biskut biasa..

yang terakhir, vanilla cupcakes with vanilla buttercream, dengan flowery pastel deco.. yang nie agak susah nak buat pada kuantiti yang melebihi seratus.. bukan ape sebab menggunakan banyak tip n kaler.. tp hasilnyer... puas hati..

apapun totcupcakes nak ucapkan ribuan terima kasih pada maswanie sekeluarga atas kepercayaan mereka terhadap kami.. dan bagi peluang kami nak luahkan kreativiti kami pada sebuah meja.. pengalaman terbaik dan terindah bagi kami.. maka kami doakan semoga wanie's craft cottage semakin glam dan diminati ramai,  berjalan lancar dan maju! Insya Allah ^_^



related searches :



Rate this recipe : Not good   so so   Good   Very good   Excellent !!!  




Imprimer cette page

Send this recipe to a friend

ask a question about this article

share on Facebook


Related recipes

  • Recipe American style pancakes w/ fresh plum compote
    American style pancakes w/ fresh plum compote (1 vote)
    Dessert Easy
    10 Minute(s) 25 Minute(s)
    Ingredients : * About 2 mugs of self raising flour * about a mug of milk (full fat better, if not semi will do) * 1 large egg * 2 large soup spoo...
  • Recipe Prawns and cod - fisherman rico style
    Prawns and cod - fisherman rico style (1 vote)
    Main Dish Easy
    10 Minute(s) 20 Minute(s)
    Ingredients : * 1 onion (finely chopped) * 4 medium tomatoes (de seeded and skinless, roughly chopped) * 200grs button mushrooms * 5 spring onion...
  • Recipe Longan and snow fungus dessert
    Longan and snow fungus dessert (1 vote)
    Dessert Easy
    30 Minute(s) 30 Minute(s)
    Ingredients :60g Snow fungus 50g Chinese red dates ~pitted, rinsed and drained 1 can Longan ~drained (I used can longan to substitute dried longan) 200g Sugar o...
  • Recipe Healthy fall dessert: baked apples with walnuts, honey and cinnamon.
    Healthy fall dessert: baked apples with walnuts, honey and cinnamon. (2 votes)
    Dessert Easy
    15 Minute(s) 30 Minute(s)
    Ingredients :9 apples (you can take more, you can take less. 9 apples are good for 3 people) 1 cup of walnuts 1-2 teaspoons of cinnamon powder 2-3 tablespoons o...